Mas Cotek atau nama saintifiknya, ficus Deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, mas Cotek dikenali kerana khasiat dan fungsi 'rawatan'nya yang mampu menuetralkan semula sistem dalam tubuh badan. Pengambilannya dalam dos yang tertentu diakui berkesan bagi mengatasi pelbagai jenis penyakit sekaligus baik untuk penjagaan kesihatan.
Kami mengedar produk-produk berasaskan Mas Cotek. Di sini kami menyediakan informasi mengenai produk kami. Anda juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan membelinya dengan menghantar e-mail kepada kami.
LAPORAN ANALISIS KESIHATAN
Hasil daripada kajian makmal mendapati chemical content yang tekandung dalam gabungan 7 spesis herba Mas Cotek dari produk kami ialah :
a) Flavonoid
b) Tannins
c) Triterpenoids
d) Proanthocynins
e) Phenols
ANDA TAHU APA ITU FLAVONOIDS?
Karya Dr. Joseph Mercola dan Racheal Droege yang bertajuk "Want to live longer? Eat more Favonoids", menyatakan bahawa Flavonoids diperlukan oleh sistem badan kita
sebagai :
- Membantu minda dalam mengingat dan menumpukan perhatian serta digunakan bagi merawat masalah kurang daya tumpuan.
- Melancarkan keberkesanan Vitamin C di dalam rangkaian Anti-oksida.
- Mengawal Nitrit Oksida yang dapat melancarkan peredaran darah.
- Menjaga kesihatan jantung dalam tiga cara iaitu mengelakkan pembekuan darah, mengawal pengoksidaan LDL (kolestrol tidak baik) dan mengurangkan Tekanan darah tinggi
- Mengurangkan bengkak dan menambahkan fungsi imunisasi.
- Meningkatkan fungsi seksual bagi kaum lelaki.
Secara asasnya, Flavonoids membantu tubuh dalam perkara-perkara berikut :
- Mengurangkan risiko menghidapi barah
- Mengurangkan risiko angin ahmar (strok) dan penyakit jantung
- Melindungi diri daripada kesan-kesan penuaan
- Mengurangkan radang
- Mengatasi masalah kepanasan suhu tubuh akibat Menopouse pada sendi dan otot
- Melengahkan masalah gejala asma dan selsema
- Meringankan masalah radang kulit dan gigitan serangga
